Dari semangat patriotik hati saya,
Pada malam yang gemilang ini, diperkatakan malam ini adalah malam kemerdekaan. Dengan detik-detik saat yang menunjukkan jam ingin menemukan kita pada hari yang mulia ini.
48 tahun yang lalu, negara kita telah dijajah oleh pihak-pihak yang inginkan kekayaan yang ada dalam negara kita. Malangnya, sekarang, pemuda-pemudi kita pula tidak tahu bagaimana pentingnya sumber-sumber yang telah diberi oleh Tuhan kepada kita. Mereka selalu membazir sumber-sumber terpenting seperti air dan elektrik. Walaupun dengan teknologi tinggi yang membolehkan kita menjana kuasa elektrik kita sendiri, tetapi itu masih tidak mencukupi untuk kegunaan semua rakyat Malaysia, terutamanya Projek Takungan Air Bakun di Sarawak yang telah dibatalkan. Dengan itu, kita masih mengharapkan bahan-bahan bakar untuk memberikan kuasa elektrik. Tetapi kebanyakkan bahan-bahan bakar kita adalah terhad!
Sampai bila kita masih boleh bertahan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang asli? Mengikut kajian yang terbaru, ahli sains kita menjangka bahawa mungkin 10 tahun kemudian, sumber petroleum asli kita juga akan habis; 25 tahun kemudian, sumber kayu balak & kayu arang kita juga akan habis.
Kebanyakan budak-budak zaman sekarang telah dapat mengolah ilmu daripada menara gading dengan keputusan yang cemerlang. Ini menunjukkan bahawa tibalah masanya untuk pemuda-pemudi ini mencungkil bakat saintifik yang ada pada mereka untuk menghasilkan sesuatu cara alternatif untuk membantu menyelamatkan sumber asli yang ada didalam negara ini.
Dengan tanpa membuang masa lagi, saya ingin terus mengucapkan "Selamat Hari Merdeka yang ke-48"!
Cara alternatif untuk mengekspresikan semangat patriotik:
1) Menghasilkan website.
Halaman website dari SMK Tinggi Kajang, boleh tahan juga untuk tahap sekolah menengah. Tingkatkan usaha anda lagi! Muahahaha... ;-)
Wednesday, August 31, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
What fine malay you have there. I don't think i can write half as good as you if i'm asked to.
If u pay more attention on the site you linked, you'll notice that the contents are either wrong or should be updated. Don't know where these kiddos get those information.
Post a Comment